Keganasan, Penindasan dan Pencerobohan Hak Asasi Manusia

- Satu Imbasan Kembali kepada Peristiwa keganasan September 11, 2001
di World Trade Center, New York.

 

Hari Selasa, 11 haribulan September 2001 merupakan seolah-olah suatu hari yang biasa sahaja di Kotaraya New York, Amerika Syarikat. Orang ramai memulakan hari mereka itu dengan kesibukan hari kerja awal minggu. Beberapa buah pesawat penumpang bermula menerbangi penumpang-penumpang mereka ke destinasi-destinasi setempat atau pun luar negeri. Di antara mereka, dua buah pesawat, yaitu dari United Airlines (UAL) dan American Airlines (AA) telah berlepas dari pantai timur USA. Tidak lama kemudian, radio dan televisyen memberitakan tentang kemalangan yang besar terjadi di salah satu menara World Trade Center (WTC) New York. Alangkah terkejutnya bila gambar-gambar sebuah pesawat 747 daripada AA telah merempuh menara pencakar langit yang canggih itu, disiarkan di kaca televisyen seluruh dunia ! Krew televisyen CNN, AP, ABC dan lain-lain telah merakamkan secara 'live' kebakaran yang akibat daripada rempuhan pesawat itu, juga bagaimana orang-orang dan pekerja yang sudah terperangkap dalam menara itu cuba meminta tolong dari tingkap-tingkap di tingkat yang sangat tinggi bangunan itu! Terdapat juga ramai orang yang telah melompat hidup-hidup dari tingkat yang terlalu tinggi, di mana amat sukar atau mustahil bagi pertolongan sempat sampai kepada mereka. Begitu malangkah nasib semua mangsa-mangsa tak berdosa ini sehingga tidak dapat ditolong ?

Tiba-tiba terdapat lagi lapuran yang mengejutkan dan cukup seram yang dipaparkan di kaca TV sekali lagi. Satu lagi rempuhan pesawat-yang kedua ! Kali ini pesawat UAL yang membawa penumpang-penumpang telah merempuh menara pencakar langit yang kedua WTC itu! Adakah ini kebetulannya suatu kemalangan ? Sudah tentu tidak ! Kali ini, pesawat penumpang itu dipandu jauh lebih laju daripada pesawat yang telah merempuh menara yang pertama WTC itu. Sekali lagi, mangsa-mangsa dalam bangunan pencakar langit kedua itu jelas kelihatan keluar ditingkap-tingkap mereka dan ramai juga yang melompat setinggi 60 ke 70 tingkat ke bawah, sudah pasti majoriti orang-orang ini telah menemui ajal mereka sesudah lompatan itu.

Tidak lama kemudian satu lagi berita menggemparkan dilapurkan : Pentagon yaitu Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat telah 'diserang' oleh sebuah lagi pesawat penumpang-yang ketiga, yang telah merempuh ke dalam bangunan Pentagon itu ! Semua penumpang dalam pesawat itu terkorban, juga beberapa orang di dalam bangunan itu. Adakah ini semua hanya kebetulan semata-mata? Sudah pastilah tidak. Sebuah lagi pesawat penumpang - pesawat yang keempat, telah dirampas pengganas-pengganas Islam sedang menuju ke White House atau pun Camp David - tetapi terkandas di atas padang sebelum dapat mencapai sasaran mereka! Syukur kepada Tuhan yang telah mengelakkan rempuhan yang keempat itu daripada terjadi!

Daripada corak sasaran-sasaran semua rempuhan pesawat-pesawat itu, timing mereka dan juga penyiasatan yang telah diadakan, jelaslah peristiwa-peristiwa ini semua bukanlah 'kemalangan' semata-mata, tetapi adalah tindakan keganasan yang telah dirancang dan diatur rapi oleh musuh-musuh Amerika Syarikat. Presiden Amerika, George Bush telah mengidentifikasikan militan-militan Islam al-Qaeda yang disebalik gerakan Taliban di Afghanistan sebagai pengganas-pengganas yang bertanggung jawab melakukan jenayah laknat ini.

Bukti-bukti jelas telah muncul yang menunjukkan pengganas-pengganas Islamlah sememangnya disebalik 'serangan-serangan' ini, dan merekalah yang telah merancang, menyokong dan melaksanakan kerja laknat ini cukup lama. Kotak hitam yang telah diperolehi semula dari pesawat-pesawat termalang itu serta rakaman video-video al-Qaeda dan juga penyiasatan FBI dan CIA telah membongkar bukti-bukti kukuh yang mendedahkan rancangan jahat pengganas-pengganas Islam yang mampu dan telah melakukan jenayah terkutuk ini. Tidak dipersoalkan lagi, jenayah laknat ini adalah tidak lain dan tidak bukan, tanggung jawab pengganas-pengganas Islam (dan bukanlah kaum Yahudi dan teori persuhabatan yang lain).

Adakah pengganas-pengganas Islam ini telah puas hati dengan tindakan rampasan pesawat-pesawat itu? Nampaknya tidak juga! Tidak lama kemudian, pada awal tahun 2002 pula, beberapa cubaan serangan pengganas lagi telah berjaya ditangkis oleh pihak keselamatan Amerika. Tetapi seorang lagi pengganas pesawat telah muncul awal tahun 2002. Abdel Rahim, atau nama lainnya 'The Shoe Bomber' telah cuba meletupkan pesawat American Airlines dengan sejenis bom kasut yang telah dipakainya ke dalam pesawat itu. Pesawat itu yang belum berlepas dari Miami menuju ke Paris, Perancis, apabila penumpang penumpang lain telah melihat Abdel Rahim mencuba hidupkan bom buatan yang di dalam kasutnya. Lalu mereka menyerbu Rahim dan menangkapkannya. Dia diserahkan kepada polis dan penyiasatan mereka mendedahkan bahawa sekali lagi, pengganas Islam ini ada pertalian dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan Osama bin Laden.

Kekejaman demi kekejaman telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganas Islam ini, dan mereka tidaklah 'bertaubat' dari jenayah laknat mereka itu. Tidak lama kemudian, satu lagi kumpulan militan di Pakistan telah menangkap seorang wartawan Amerika Wall Street Journal, bernama Daniel Pearl dan telah memotong lehernya tanpa berhati perut. Daniel Pearl ini hanya seorang wartawan, yang tidak bersalah atau memusuhi mana-mana pihak Islam. Daniel telah meninggalkan balunya dengan bayi mereka yang belum lagi berlahir.

Baru-baru ini pula, di Pakistan sekali lagi, pengganas-pengganas Islam telah mengebom sebuah gereja yang penuh dengan orang menjalankan ibadat sembahyang Ahad mereka. Tindakan keganasan ini telah meragut nyawa seramai lima orang, termasuk ibu dan anak-anak yang tidak berdosa. Sudah amat jelas pengganas-pengganas Islam ini belum lagi puas hati dengan tindakan-tindakan kekejaman mereka.

Pada waktu yang sama, satu lagi peristiwa berlaku di India. Sebuah koc keretapi penuh dengan penganut agama Hindu dalam perjalanan ke suatu upacara keagamaan di Gujarat telah dirusuhi oleh sekumpulan orang-orang Islam. Perusuh-perusuh ini telah mengunci pintu-pintu koc itu, dan seterusnya membakar koc itu yang penuh dengan penumpang-penumpangnya. Akibatnya, ramai nyawa telah diragut dan ramai yang mengalami kebakaran yang teruk.

Apakah yang menyebabkan dan mendorong umat Islam ini untuk mengganas sebegitu ? Adakah agama Islam sendiri yang menyebabkan mereka melakukannya ? Kenapakah dari awal lagi sejarah Islam dan kepimpinannya serta umatnya sendiri banyak berunsur keganasan dan pembunuhan dan telah mengalami banyak peristiwa-peristiwa keganasan yang lain, contohnya pembunuhan pembunuhan Kalifah-kalifah Islam sesama sendiri dalam abad pertama Hijrah ?

Kita akan perhatikan analisa seorang bekas Muslim (bernama 'A.S.') darihal soalan-soalan di atas. Beliau telah menulis sebuah rencana yang berjudul: 'Jihad dan Ketamadunan'. Dia bermula dengan satu peristiwa terkenal dalam sejarah Islam yang bernama 'Peperangan di Badr', dari sana, beliau telah dapat kesan titik berdarah sejarah jihad dalam al-Qur'an dan Islam sehingga hari ini.

Jihad dan Ketamadunan

Peperangan Badr

Peperangan Badr mungkin dikira sesetengah pihak satu peristiwa yang kecil, akan tetapi ia telah pengaruhi sejarah Manusia secara besar dan mustahak. Kajian lebih mendalam peristiwa perang Badr ini mendedahkan kepentingannya yang besar dalam sejarah Islam kerana is adalah exposisi dan pengamalan pertama ajaran Islam yang bergelar jihad.

'Jihad' itu adalah satu perkataan Arab, yang secara harfiah bererti 'perjuangan' atau 'pergelutan', tetapi sebagai satu ajaran dalam agama Islam, ia menegakkan berperang bagi Jalan Allah, sehingga kepentingan dan keutamaannya ke atas mereka yang bukan-Islam sudah dipastikan. Juga sehingga mereka yang bukan-Islam menunduk dan mengabaikan agama mereka dan memeluk Islam ATAU pun mereka menunduk dan berpatuh membayar sejenis cukai yang bernama 'Jizyah' yaitu cukai penghinaan/penundukan.

Jihad menegakkan keadaan berperang terus-menerus menentang para Musyrikin yang termasuk umat Hindu, Buddha, atheis, Deis, para pencuriga dan juga umat Yahudi dan Kristian. Menurut doktrin ini, dosa yang terbesar seseorang ialah untuk menafikan Allah dan rasulNya Muhammad-yang mempunyai hak mutlak keatas mereka yang beriman dan juga yang harus diidolakan (sanjung tinggi). Inilah mencukupi sebagai alasan umat Islam untuk menyerang dan menundukkan wilayah-wilayah yang bukan Islam! Yang menakjubkan ialah hakekat Allah menyogok para Muslimin berperang Jihad dengan pengishtiharan pembunuhan, pembakaran, rogol dan pengambilan hamba-hamba sebagai cara-cara yang sah lagi diperkenankan Allah. Tetapi sebaliknya, semua ini adalah pencerobohan dan penindasan yang paling keji dan tidak bermoral dari segi perikemanusiaan.

Adakah Allah itu benar-benar adil, atau adakah jihad, yang disarankanNya, mengeksploitasikan konsep Allah bagi memperjuangkan keutamaan budaya Arab ? Untuk mencari jawaban-jawaban bagi soalan diatas, kita haruslah meneliti latar belakang geografik tanah Arab kerana keadaan fizikal sebuah wilayah menentukan socio-budaya dan tabiat penduduknya.

Kemunduran ekonomi penduduk tanah Arab telah menghasilkan masyarakat pertanian yang telah bercabang kepada dua kumpulan : yakni pertama, kumpulan Badwi. Mereka ini terpaksa senantiasa berpindah-randah mencari tanah pertanian yang subur dan juga padang-padang rumput sesuai bagi ternakan-ternakan mereka. Samping itu, mereka juga terpaksa merompak dan mencuri daripada kumpulan-kumpulan yang lain dan juga merompak kafilah-kafilah pedagang di sekitar padang pasir. Walaupun tindakan ini perompakan semata-mata, aktiviti rampasan dan pencurian ini telah mempastikan sekuriti dan kesejahteraan puak-puak Badwi ini, oleh itu tindakan-tindakan sedemikian tidak dikutuk sebagai jahat atau berdosa, sebaliknya ia dianggap sebagai suatu sumber kuasa, keseronokan dan kepangkatan tinggi. Institusi perompakan ini dikenali sebagai Ghazwa (razzia) telah wujud cukup lama sebelum munculnya nabi Muhammad (wira teragung dunia Arab). Penyair Umayyad, al-Qutami telah lantunkan tentang adat tersebut dalam dua kerat syair beliau :

" Urusan kami ialah untuk merompak musuh kami, jiran kami dan
juga saudara kami sendiri, jika tiada yang ada selain daripada saudara sendiri."

Jelaslah, merompak dan mencuri dari orang lain dan jiran-jiran mereka adalah satu tabiat dan 'adat rasmi' rakyat Arab dan inilah sebabnya kegiatan ini tindak dianggap berdosa tetapi sebaliknya suatu tanda kehebatan kelakian serta satu perkara dikagumi. Sesudah menyedari kepentingan hal ini, Nabi Muhammad telah menjadikan amalan Arab ini sebagai satu pengajaran agama dalam Islam yaitu 'Jihad'. Jihad ini adalah peperangan suci menentang para Kafir untuk menegakkan sebuah empayar Arab. Tetapi, empayar ini yang sebenarnya tidak berbedza dari empayar dunia yang lain, harusnya berkelihatan alim. Jadi, ia digelarkan 'Empayar Suci Allah' (yang kononnya Tuhan yang teragung, tetapi perlukan kuasa manusia untuk dilahirkan!).

Ajaran Jihad ini telah mengambil adat-resam Arab bernama "Razzia" (merompak dan merampas) yang amat berkesan! Ia sarankan pengutamaan tanah dan budaya Arab sambil penghapusan mereka yang bukan Arab dalam nama Allah (yang maha pengasih & penyayang). Ia telah mempromosikan kewibawaan pendukungnya dengan tipu helah yaitu serigala diperlihatkan sebagai domba biri-biri, salah dipaparkan sebagai benar dan kekaburan seperti cahaya terang!

Saya sudah pun cuba menjelaskan sifat sebenar Jihad, tetapi memandangkan unsur emosinya dan juga kerana complexitynya, adalah perlu bagi saya ulangi penjelasan saya tentang mekanisma perang yang dahagakan darah ini. Jihad bukanlah satu daripada batu asas empayar Arab saja tetapi adalah hari ini juga salah satu tiang utama empayar rohaninya. Hari ini, ia muncul sebagai satu cabaran kepada maruah intelektual dan sifat moral manusia dan tamadunnya. Oleh itu, disini, saya sekali lagi memberikan penjelasan ringkas tentang Jihad Islam.

1. Prinsip pertama Jihad adalah seseorang penanut Islam kehilangan kebebasannya untuk membuat pilihannya sendiri dan menjadi hamba abdi kepada Allah. Ini pula ada di luar skop budaya biasa dan tatatertib manusiawi :

"Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah perangi orang-orang musyrik di mana kamu jumpai dan hendaklah ambil mereka itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan serang-hendaplah mereka, pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya." Surah 9 : 5

Lagi pun, ada tercatit dalam al-Quran arahan Allah kepada Muhammad untuk mengajak dan mengarah umat Islam untuk pergi berperang. Ayat ini memberi galakan dan dorongan kepada mereka yang mematuhinya!

"Hai nabi (Muhammad), ajaklah orang-orang yang beriman (orang Islam) itu berperang. Jika ada dua puluh orang diantaramu yang berhati sabar, nescaya dapat mereka mengalahkan dua ratus orang kafir. Jika ada seratus diantara kamu dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana mereka itu tiada mengerti." Surah 8 : 65

Orang yang terbunuh pada jalan Allah mempertahankan agamaNya, maka tiadalah disia-siakan amalan mereka." Surah 47 : 4

Harus diingati juga bahwa dalam Islam, Firdaus itu berkonsep sebagai suatu tempat keseronokan yang tidak terhingga yang berleluasa. Di mana terdapat pelayan-pelayan yang cantik dan juga yang tampan untuk melayani kemahuan syahwat penghuni-penghuninya, dan mereka ini tidak akan kehilangan kedaraan atau pun keterunaan mereka! Ada sungai yang mengalir dengan arak (air khamar) yang tidak berputus. Semua ini dapat dinikmati tanpa apa-apa bayaran dan mereka ini tidak akan kenali keperitan, sakit-penyakit atau pun maut. Itulah yang menanti kaum syahid kononnya, menurut Islam !

2. Apa pula Perjuangan Allah itu? Ia adalah untuk membunuh para musyrikin semata-mata! Siapa pula musyrik itu ? Dia yang tidak mempercayai akan Muhammad.Tidak kira jika insan itu mengasihi Tuhan atau tidak! Allah lazimnya menghapuskan para kafirun ini untuk muliakan DiriNya dan juga Muhammad sehingga Dia telah membahagikan Manusia kepada dua bahagian bermusuhan yang tetap.

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya, mereka itu termasuk dalam orang-orang yang terhina. Allah telah menuliskan : Demi sesungguhnya Aku akan menang. Aku dan rasul-rasulku. Sungguh Allah Mahakuat lagi Maha perkuasa. Engkau tiada memperoleh kaum yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, bahawa mereka mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan rasulNya meskipun mereka itu bapa, anak, saudara atau kaum keluarga mereka." Surah 58:20

Pendek kata, ini bererti bahawa hanya umat Muslim ada di pihak Tuhan kerana mereka tidak memihak dengan saudara-mara mereka sendiri jika saudara-mara ini adalah kafir atau para musyrikin. Disebabkan kepercayaan kumpulan Muslim ini, mereka akan pasti mengatasi para kafirun-yang berpihak dengan Syaitan.

Juga terdapat perintah tegas untuk berperang dengan umat bukan-Islam.

"Perangilah orang-orang yang tiada beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, mereka tiada mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tiada pula beragama dengan agama yang benar.." Surah 9:25

Ayat ini pula menekankan tugas seorang Muslim menentang orang yang bukan-Islam; termasuklah Ahli-Kitab yakni Yahudi dan Kristian Nasrani - yang tergolong bersama-sama dengan para kafirun! Mereka harus ditentang dan diperangi sehingga mereka menyerah diri (diatasi) dan membayar jizyah sebagai tanda penghinaan dan kejatuhan mereka!

Untuk menerima jizyah atau ufti dari para musyrikin dalam nama Tuhan adalah tujuan sebenar Islam. Jelaslah kelihatan adat rampasan orang-orang Arab yang berselindung disebalik perintah keagamaan. Jadi, mencuri, membunuh dan merogol tidaklah lagi merupakan tindakan-tindakan keji dan jahat yang harus dihukum. Sebaliknya, semua ini adalah perbuatan-perbuatan saleh yang akan dibalasi Tuhan dengan ganjaran-ganjaran yang wajar.Justru itu, bila si penjihad berjaya mengatasi musuhnya, dia memperoleh hasil rampasannya, juga dia berhak menyimpan wanita-wanita dari mereka yang ditewaskannya. Dia boleh bermaharajalela sambil menerima ufti dan jizyahnya. Sebaliknya, jika dia dibunuh semasa peperangan, maka dia akan terus masuki syurga firdausi dimana ada sungai-sungai penuh dengan air khamar (arak), susu serta madu untuk dinikmati. Disamping juga ada anak-anak dara yang anggun dan cantik dan juga lelaki-lelaki yang tampan yang tidak sabar menanti melayani dan menghibur para syahid itu. Jadi, si Mujahid (Syahid) atau si Asykar Suci itu akan menang, tidak kira dia mati atau tidak!

Nabi Islam juga memastikan rompakan-rompakan tersebut bukanlah lagi kegiatan-kegiatan samseng yang dikeji, tetapi 'ditingkatkan' kepada satu organisasi yang disegani dan berdisiplin, berserta dengan cop mohor ilahi :

"Ketahuilah bahawa Syurga ada di bawah teduhan pedang." (Sahih Al Bukhari: 4.73)

Justru itu, pedang pahlawan telah menjadi tali penyambung diantara rompakan-rompakan dan Syurga, ini pula menjadi ilham dan dorongan bagi orang-orang Arab menakluki dan memerintah dunia. Peperangan di Badr walaupun satu peristiwa kecil, telah muncul sebagai iktibar bagi gerakan perkembangan pengaruh rohaniah Arab; yang telah semakin berkembang 1400 tahun yang lepas.

Muhammad cukup bijak dan bukan saja berjaya dalam saranannya untuk mengunakan pedang bagi agama barunya, tetapi juga berjaya mengumpul ramai pengikut-pengikut kepadanya demi saranan tersebut. Majoriti daripada mereka yang mengangkatnya sebagai pemimpin adalah papa, lapar dan terkongkong dengan macam-macam beban. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi meringankan bebanan ekonomi mereka dan juga balas dendam mereka keatas penindas-penindas mereka dari Mekkah, yang telah menghalau mereka keluar dari kampung halaman mereka dan berhijrah ke Madinah mencari perlindungan.Mereka terpaksa berhijrah dari Mekkah ke Madinah akibat reaksi negatif dan kemarahan besar penduduk-penduduk kota Mekkah terhadap kegiatan menggembangkan agama Muhammad secara agresif.

Para pelarian ini juga rasa tidak senang hati dengan hakikat pergantungan mereka kepada para Ansari bagi menyara hidup mereka (yaitu penduduk tempatan Madinah yang menerima Islam).Nabi Islam telah sedar betapa tersinggungnya pengikut-pengikutnya ini, dan dia telah berusaha merubah kesinggungan ini kepada kesempatan untuk membalas dendam keatas mereka yang telah membawa kesusahan ini kepada mereka-yakni para kafirun itu. Sekarang mereka mempunyai alasan yang "sah" bagi menyerang, merompak dan merampas daripada musuh-musuh mereka orang-orang kafir itu! Alasan ini membenarkan umat Islam untuk berjihad keatas para kafir ini dengan sokongan dan pertolongan Allah disebalik mereka, ini adalah satu perang suci keatas musuh Islam. Mereka harus berperang bagi Allah dan Muhammad walaupun mereka tidak menyukai atau berminat buat begitu!

"Diperlukan atas kamu untuk berperang, sedang berperang itu suatu yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia LEBIH BAIK UNTUKMU.." Surah 2 : 216

"Apabila kamu menemui orang-orang kafir di medan perang, maka pukullah leher mereka; sehingga bila TELAH BANYAK KAMU MEMBUNUH MEREKA, maka tawanlah mereka dan kukuhkanlah ikatan tawanan itu ...Orang yang terbunuh pada jalan Allah mempertahankan agamaNya, maka tiadalah disia-siakan amalan mereka." Surah 47 : 4

Untuk menyerang, membunuh, menceroboh dan merampas daripada orang semata-mata kerana mereka dianggap kafir dan tidak beriman dengan Muhammad telah kononnya disarankan oleh Allah sebagai tanda ketaqwaan dan kepatuhan yang paling tinggi ! Seseorang itu boleh percaya dan beriman didalam Tuhan secara ikhlasnya - tetapi beliau tetap seorang kafir DAN harus dijihadkan selain daripada dia mengakui bahawa Muhammad adalah seorang Nabi. Jelaslah faktor pencadang dalam hal runcing ini adalah Muhammad, dan bukan Allah!

Perintah mengarahkan 'rampasan suci' ini sangat efektif memerangsangkan semangat penjihad-penjihad ini kerana mereka percaya rompakan dan rampasan tersebut dilakukan demi nama Allah dan untuk menyenangkan hatiNya, bukan untuk keuntungan mereka sendiri. Jadi, seorang asykar Allah haruslah sekurang-kurangnya dua kali lebih berani dan 'garang' daripada asykar yang biasa sahaja. Oleh itu, Nabi telah memperlihatkan kesukaan hati Allah :

"Sesungguhnya Allah mempertahankan mereka yang beriman. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi tiap-tiap orang khianat lagi kafir. Telah diizinkan berperang kepada mereka yang diperangi, disebabkan mereka teraniaya. Sesungguhnya Allah Mahakuasa menolong mereka itu-yaitu orang-orang yang diusir dari negerinya tanpa kebenaran...sesungguhnya Allah menolong orang yang menolongNya. Sungguh Allah Mahakuat lagi Mahakuasa." Surah 22 : 38-40.

Perhatikan janji Allah untuk menolong umat Muslim membalas dendam keatas musuh-musuh mereka! Yang mengherankan disini ialah untuk berdendam adalah untuk menolong Allah. Ini berbau sebagai suatu strategi yang ilahi, yang melandaskan prinsip menceroboh, merompak dan membunuh mereka yang bukan-Islam sebagai satu cara hidup, dan kita akan lihat bagaimana Peperangan di Badr adalah peristiwa perang yang sulung berakibat daripada prinsip ini. Walau pun ia agak kecil, ia telah menjadi satu peristiwa amat penting, dan ia telah mempengaruhi sejarah manusia dengan besar. Justru, adalah menarik untuk kita mengetahui rinciannya.

Usaha Muhammad untuk memperkembangkan Islam tidak ada banyak hasil sebelum musim panas 621 T.M. Pada musim itu, telah datang duabelas lelaki dari Madinah ke Mekkah untuk menunaikan hajj mereka. Mereka telah mendengar khotbah Muhammad itu dan lepas itu memeluk agamanya yang baru. Mereka juga bertekad untuk mengembangkan agama itu diantara penduduk Madinah. Pada tahun seterusnya 622 T.M., seramai 75 orang para hajji termasuk dua wanita datang dari Madinah dan memeluk agama Muhammad itu. Mereka pun amat taksub dengan agama baru ini sehingga mereka menjemput Muhammad pindah ke Madinah dan hidup bersama mereka demi keselamatannya dan untuk mengelakkan kemarahan penduduk Makkah. Dia pun menanyakan kepada mereka kalau mereka akan mempertahankannya seperti salah seorang daripada kumpulan mereka sendiri. Mereka menjawabnya secara positif tetapi dengan satu syarat : "Apakah ganjaran kami, jika kami alami kehilangan atau meninggal dunia akibatnya ?" Nabi Muhammad menjawab : "Firdaus, sudah tentu."

Pertemuan-pertemuan ini dikenali sebagai dua Perjanjian al-Alaqba telah menggalakan Muhammad mempengaruhi pengikut-pengikutnya di Mekkah untuk berhijrah ke kota Madinah sedikit demi sedikit. Apabila tujuh-puluh daripada mereka telah berpindah ke sana, dia sendiri dengan senyap-senyap sempat melarikan diri ke Madinah daripada angkara musuh-musuhnya di Makkah yang telah bersumpah untuk membunuhnya sebelum dia dapat larikan diri. Dia telah sampai di sana pada September 24, 622 T.M. Pelarian ini dipanggil Hijrah dan merupakan permulaan sejarah Islam secara tradisional. Walau bagaimanapun, kepentingan tarikh ini dipercayai berasal bukan daripada penghijrahan itu, tetapi, dalam "kepercayaan terputusnya tali persaudaraan orang Muslim dengan saudara-saudara mereka yang bukan Islam, dan kewujudannya satu kesatuan diantara semua umat Islam, dimana saja mereka berasal".

Bagi memahami latarbelakangnya, harus disedari bahawa Muhammad adalah dari puak Qureysh di Makkah tetapi orang-orang Madinah berdarah daging dengan suku-suku dan kabilah yang lain. Dengan menjadi Muslim, mereka semua, termasuk Muhammad telah bersatu dalam Islam dan sekaligus kehilangan perbedaan-perbedaan kepuakan mereka.

Fahaman hijrah ini, seolah-olahnya merupakan sesuatu yang mulia di permukaannya. Tetapi pekung-pekungnya didedahkan sesudah dikaji dengan lebih mendalam. Sesudah Muhammad menjadi lebih kuat, beliau mengumumkan bahawa hak untuk memerintah diatas mereka adalah di dalam tangan kaum Qureysh-yaitu sukunya sendiri! Itulah sebabnya SEMUA Kalifah-kalifah Arab di timur maupun di barat adalah daripada suku kaum Muhammad sendiri yaitu Qureysh !

Para penghijrah dari Makkah itu mengambil masa selama lapan-belas bulan untuk bermastautin di Madinah. Muhammad telah diberi sebidang tanah untuk membina sebuah rumah. Setelah menguatkan kuasanya keatas kota itu, dia telah mula berpoligami sesudah kematian isterinya yang pertama Khadijah (yang juga bekas majikannya). Di keliling rumah beliau telah dibinakan beberapa rumah bagi menampung isteri-isterinya dan gundik-gundiknya, yang berjumlah sembilan orang. Pengikut-pengikutnya telah bertemu dalam rumah beliau dan juga untuk berdoa, jadi ia telah dijadikan masjid Madinah.

Pengikut-pengikut Nabi Muhammad itu, yakni para penghijrah dan juga penduduk Madinah, telah berharap mereka akan menerima ganjaran-ganjaran yang sewajar kerana mereka telah memasuki agama Islam-"satu-satunya agama Allah yang mulia..". Mereka berharapan untuk diredhai Allah setelah para kafirun telah dikorbankan. Allah yang Maha-mengetahui itu telah makbulkan doa-doa orang-orang ini dengan mewahyukan melalui Muhammad ajaran Jihad - yaitu menceroboh dan membunuh para kafirun dan merampaskan kekayaan, harta benda dan juga wanita-wanita mereka.

Sebenarnya ini bukanlah hal yang baru kerana orang Arab sudah lazimnya merompak dan merampas daripada kafilah-kafilah pedagang-pedagang yang berlalu-lalang di sana. Islam dengan kebijaksanaan pengasasnya-Muhammad, telah mengambilalih amalan Arab ini dan menamakannya Jihad, yang kini dilakukan untuk kemuliaan Allah. Dengan mengubah-suaikan tindakan menceroboh dan merompak penduduk setempat ini kepada sesuatu yang diperkenankan Ilahi, langkah ini telah memerangsangkan iltizam orang-orang Muslim yang telah baru masuk Islam untuk melakukan jihad mereka dengan cukup taksub. Sebenarnya, penjihad-penjihad ini bertindak seperti robot-robot yang taksub kepada kegiatan pencerobohan mereka itu yang dikira sebagai satu sifat ketaqwaan mereka!

Umat Qureysh adalah satu komuniti pedagang-pedagang. Di musim luruh, kafilah-kafilah dagangan mereka akan bertolak ke wilayah-wilayah Yaman dan Habsyah dan pada musim bunga mereka akan ke Syam dan Parsi. Di antara dagangan-dagangan meraka ialah kemenyan, batu-batu permata, besi dan juga hasil kulit binatang. Kuli-kulit binatang itu merupakan satu bahan ekspot yang utama. Syam dan Parsi merupakan pasaran-pasaran utama bagi bahan-bahan ini dan mereka berharga amat mahal di wilayah-wilayah tersebut. Pedagang-pedagang Makkah berniagakan barang-barangan, sutera dan barangan mewah yang lain di Gaza dan di pasar-pasar yang lain. Menurut kemampuan orang-orang zaman silam itu, kafilah-kafilah ini adalah amat besar kerana akan mengandungi sebanyak 2,000 ekor unta yang membawa kargo mereka yang bernilai sekurang-kurangnya 50,000 Dinar atau mithkal. Mithkal pula ada matawang Emas yang bernilai sama dengan Aureus Bizantium. Yaitu lebih kurang 4 Ringgit. Empat-belas abad dahulu, nilai dagangan 200,000 Ringgit bagi setiap kafilah bersamaan dengan berjuta-juta ringgit pada hari ini.

Satu Ciri istimewa kafilah-kafilah ini ialah keseluruhan para penduduk Mekkah terlibat membiayai kafilah-kafilah tersebut Orang kaya dan termasuk juga mereka yang berpendapatan rendah.Kafilah-kafilah ini adalah hasil pelaburan sesebuah perkampungan di Mekkah. Mereka juga seringkali diserang dan dirompak oleh perompak-perompak jalanan. Itulah sebabnya mereka diiringi oleh 'asykar-asykar pertahanan' dan saiz kumpulan askar-askar ini bergantung kepada nilai dagangan kafilah-kafilah masing-masing.

Bila ajaran Jihad itu mula-mula diamalkan, para pedagang Mekkah amat takut sekali. Mereka merisaukan risiko kepada perniagaan mereka dengan daerah di utara, kerana mereka terpaksa melalui daerah itu sambil pergi dari Madinah ke tepi pantai. Nabi Muhammad sendiri telah mengetuai Ghazawat itu yakni Razzia (ekspidisi rompak) menyerang Kafilah-kafilah Makkah pada 623 TM.yang heran adalah nabi inilah yang juga mensyariatkan hukuman potong tangan bagi perompak dan pencuri! Ketiga-tiga percubaan razzianya telah gagal, akhirnya pada bulan Januari 624 TM, Muhammad berjaya merompak dari sebuah kafilah yang kembali daripada Yaman apabila kafilah itu berhenti singgah di Nakhlah, berdekatan dengan Makkah.

Kegagalan razzia yang ketiga Nabi adalah sebenarnya sebahagian dari peperangan Badr. Abu Sufian telah ketuai satu kafilah ke Syam pada Oktober 623 TM. Kafilah ini mengangkut banyak sekali barangan buatan Arab yang laris di pasaran Syam. Nabi Muhammad meminta sukarelawan-sukarelawan mengikut bersama dengannya dalam rompakan-rompakan ini. 200 orang lelaki telah sahut seruannya. Dengan hanya 30 ekor unta, mereka masing-masing terpaksa menunggang unta-unta itu bergilir-gilir.Rencananya ialah untuk menyerang kafilah di Osheira dalam perjalannya ke Yenbo, tetapi bila penyamun-penyamun itu sampai ke tempat sasaran, kafilah Abu Sufian itu sudah pun sempat berlalu dari situ.

Kargo-kargo tersebut amatlah penting kepada orang Muslim. Khabar terlepasnya kafilah Abu Sufian itu tidak disenangi oleh Muhammad dan dia menjadi lebih tekad untuk serang hendapnya semasa perjalanan balik mereka! Tetapi musuh-musuh Nabi di Madinah telah mengetahui tentang tekadnya itu dan mereka memberi amaran kepada kaum Abu Sufian di Makkah tentang bahaya itu.

Pada 12 Ramadan, hari Ahad, Muhammad telah melancarkan serangan hendapnya terhadap kafilah itu apabila dia menyedari betapa besar ganjaran di dalamnya. Kaum Muslimin di Madinah kurang sabar mahu merampas sebanyak rampasan yang boleh daripada kafilah itu, sehingga kaum bukan-Muslim pun telah mengingininya. Beberapa di antara mereka telah memberitahu Nabi hasrat mereka untuk menceburi dalam razzia (serang-hendap) ini, tetapi mereka adalah para Kafirun. Muhammad menjawab Razzia ini hanya untuk orang Islam sahaja dan para kafirun tidak dibenarkan melibatkan diri. Jadi, satu-satunya cara untuk orang-orang kafir itu merompak bersama-sama Nabi Muhammad itu ialah : Masuk Islam! Para kafirun itu cepat-cepat mengucap "Muhammadar'rasullullah" yaitu 'Muhammad itu rasul Allah' dan barulah mereka diterima masuk rombongan rompakan rasullullah itu.

Setelah ambilkira semua penambahan itu, rombongan Razzia Muhammad itu berjumlah sebanyak 315 lelaki; lapan puluh dari mereka pelarian daripada Mekkah (bersama-sama Nabi), dan dari bakinya, sesuku daripada suku kaum Aus, dan selainnya daripada kaum Khazraj. Binatang mereka hanya dua ekor kuda dan tiga-puluh ekor unta, jadi mereka terpaksa menanggung binatang-binatang itu bergilir-gilir untuk mengatasi keletihan mereka! Dari segi keasykaran, ini tidak bolehlah dianggap sekumpulan asykar. Tetapi kehebatan berperang mereka telah berpunca daripada semangat ketaksuban dalam iman mereka. Suatu iman yang kononnya berunsur keadilan moral dan ketaqwaan, berdasarkan kepada jihad, yang tidak mengutuk menyerang, merompak, merogol dan menghancurkan harta benda mereka yang tidak percayakan Islam, tetapi sanggup melakukan semua itu bagi memperoleh kononnya nikmat-nikmat syurgawi ! Ketaksuban inilah yang menghapuskan fikiran kekalahan mereka, semua kesedaran dosa dan pencerobohan dan sebaliknya telah memerangsangkan mereka menjadi hulubalang dan pahlawan bagi Allah yang tak terbanding untuk mencari, merompak dan mencuri harta-harta kafilah itu yang sebenarnya hak pemilik-pemilik mereka!

Muhammad dan rombongannya, apabila sampai ke Al-Ruha telah menerima berita askar-askar Qureysh sedang bergerak maju menentangnya. Dia memanggil timbalan-timbalannya bermesyuarat perang bagi menangkis orang Qureysh itu. Walau pun Muhammad seorang dari Mekkah, sebagai orang Muslim dia tidak menghiraukan pertalian darahnya dengan musuh-musuhnya yang juga dari Mekkah.

Tetapi pengikut-pengikutnya dari Madinah telah menyanjungnya tinggi sehingga wakil mereka Sa'ad bin Muadh telah berkata "Nabi Allah! Majulah ke mana engkau ingini, berkemahlah dimana-mana saja, berperanglah atau berdamailah dengan sesiapa engkau rela. Kami janji, demi Allah yang mengutusmu, walaupun engkau berarak sehingga unta-unta kami rebah mati, kami akan bersama-sama engkau ke hujung Bumi, tiada seorang pun yang berkecuali.."

Apabila mesyuarat tersebut hampir tammat, Nabi Muhammad yang menggelarkan dirinya sebagai 'Rahmat'ullah kepada Manusia" telah memohon sumpah Allah menimpa para kafirun itu! Dia telah berdoa,

" Ya Tuhan, Janganlah membiarkan Abu Jahal, Firaun umatnya melarikan diri. Jangan benarkan Zama'a larikan diri; tetapi biarlah mata ayahandanya menjadi sakit dan buta kerana meratapinya..!"

Sumpah Nabi ini diucapkan dengan satu matlamat psikoloji. Walaupun rombongan Nabi itu adalah kecil berbanding dengan musuh-musuh kafir mereka. Tetapi mendengari sumpah Nabi ini telah mendorongkan pengikut-pengikutnya yakin mereka sudah menerima kuasa untuk menjatuhkan para kafirun itu!

Sebelum kedua kumpulan musuh itu bertembung, dengarlah doa Nabi Muhammad itu kepada Allahnya sebagai rangsangan terakhir bagi pengikut-pengikutnya :

"Ya Allah, capailah untuk aku apa yang Engkau telah menjanjikan aku ! Ya Allah, bawalah apa yang Engkau telah janjikan dulu, Ya Allah! Jika kumpulan Muslim yang kecil ini terhapus, Engkau tidak akan disembah di Bumi ini."

Sahih Muslim Jilid 3, 4360.

Para sejarawan mungkin hairan mendengar seorang manusia menyatakan kepada Penciptanya apa akibatnya jikalau Pencipta itu tidak mendengar akan arahan-arahannya. Akhirnya, yang Mahakuasa menyetujui dengan seruan manusia itu oleh sebab Dia takut akan kehilangan atau kekurangan penyembah-penyembahNya! Sebaliknya, pengikut-pengikut Nabi pula tidak hiraukan isu-isu itu semua kerana mereka yakin Allah sentiasa mendengari arahan-arahan Nabi Muhammad dan oleh itu peperangan mereka akan semestinya berakhir dengan kemenangan besar bagi mereka.

Dengan itu, pada hari peperangan Badr itu, jatuh pada 17 Ramadan 623 TM (bersamaan 2 AH). Pada hari itu angin kuat telah bertiup dengan kencangnya. Bila tiupan angin kencang yang pertama telah menderas lembah, Muhammad mengatakan pada pengikutnya itulah malaikat Jibril yang datang membawa sebanyak 1,000 malaikat lain untuk menolong mereka. Dua tiupan angin yang kuat seterusnya diandaikan Nabi sebagai ketibaan malaikat-malaikat Mikail dan Israphil yang masing-masing membawa 1,000 malaikat lain untuk berperang di sisi orang Muslim!

Tidak seorang pun yang berhenti seketika untuk merenungkan persoalan kenapakah malaikat-malaikat ini hanya dapat dilihat oleh Muhammad sahaja tetapi tidak kepada mata pahlawan-pahlawan yang lain ? Juga, malaikat tersebut sesungguhnya adalah makhluk-makhluk yang amat lemah, kerana seramai 3,000 malaikat diperlukan berlawan dengan hanya 1,000 manusia dari Mekkah! Al-Quran juga telah bersaksi kepada peristiwa ini :

"Sesungguhnya Allah telah menolongmu ketika peperangan di Badar, sedangkan kamu lemah; maka takutlah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu berterima kasih. Ketika kamu berkata kepada orang-orang beriman dalam perang : 'Tidakkah mencukupi bagimu, bahawa Tuhanmu menolongmu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan ? Ya, jika kamu sabar dan taqwa dan datang orang-orang Kafir itu segera kepadamu, Tuhanmu menolongmu dengan lima ribu malaikat yang mempunyai tanda."

Surah 3 : 123-125

Dari segi moden, rampasan perang daripada Perang Badar ini agak remeh, tetapi pada zaman itu rampasan itu telah main peranan yang besar sekali membena empayar Arab. Rampasan itu berhasil "dengan 115 ekor unta, 14 ekor kuda, koleksi baju-baju dan permaidani-permaidani yang amat besar, barangan kulit binatang, alat-peralatan dan juga baju peperangan." Pedang Abu Jahal yang terkenal itu ("Zulfikr") telah diserahkan kepada Muhammad pula.

Contoh-Contoh Lain dan Kesimpulannya

Perang Badar ini sesungguhnya telah diperangkan dalam nama Jihad. Ini bererti untuk : membina satu Empayar Arab dengan menafikan umat bukan-Islam hak-hak asasi mereka, kecuali, hak untuk diperhambakan dan dipergunakan oleh tuan-tuan Arab mereka. Pengabdian ini bukanlah buat sementara saja, tetapi untuk selama-lamanya oleh kerana satu matlamat Jihad adalah penghinaan orang bukan Islam untuk selama-lamanya melalui satu sistem penaklukan dan pembayaran 'ufti' untuk selama-lamanya. Bila kita mengkaji ajaran Jihad ini lebih mendalam, jelaslah bahwa ia bercabang jauh kepada penduduk yang bukan-Islam juga. Mereka kena masuk agama Islam secara dipaksa dan oleh senjata perang penakluk mereka. Penganut-penganut begini dikecualikan daripada membayar cukai 'Jizayah' atau pun cukai kepala.Walau bagaimanapun, mereka ini dianggap sebagai rakyat kelas kedua , dan demi itu, mereka boleh dieksploitasikan / dipergunakan untuk keuntungan ekonomi dan juga boleh ditindas dari segi kepercayaan dan akidah mereka!

Perhatikanlah kata-kata nabi Muhammad dari Hadis sahih yang dipetik daripada 'Empat-Puluh Hadis An-Nawawi' ini :

"Dari lapuran Ibn Umar - tentang pernyataan Rasulullah(saw) yaitu :

'Saya telah diperintahkan Allah untuk BERPERANG keatas seluruh umat Manusia sehingga mereka akui tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah rasul-Nya, jika mereka lakukan demikian, saya tidak akan membunuh mereka dan tidak akan merampas harta-benda mereka...'.

Kedua-dua al-Bukhari dan Muslim melapurkan ini."

Matn al-Arba`in an-Nawawiya fi'l-Ahadith as-sahiha an-nabawiya, Kaherah, 1350 Hijrah. Yahya b.Sharaf ad-Din an-Nawawi.

Jika pembaca kurang senangi dan kurang percayai Hadith-hadith sahih tersebut, rujuklah kepada nas al-Quran sendiri, kepada ayat terkenal itu yang digelarkan ulamak-ulamak Islam sebagai Ayat Pedang, di bawah ini :

"Maka apabila telah habis bulan suci, hendaklah kamu PERANGI dan MEMBUNUH orang-orang musyrik di mana kamu jumpai dan hendaklah ambil mereka itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan serang-hendaplah mereka, pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya."

Surah 9 : 5

Surah ini telah diterima oleh Muhammad dalam 631 TM yakni setahun sebelum kematian Muhammad itu. Jadi, ia adalah satu ayat yang lebih 'terkini' daripada ayat seperti Surah 2/256 yang suka disebut-sebutkan para pendakwah Islam kononnya 'tidak ada paksaan dalam Islam...'. Sebaliknya, amat jelas dan ketara Ayat Pedang di atas yang sebenarnya menjadi amalan serta dukungan Muhammad dan bakal-bakal Khalifahnya yang telah memperkembangkan wilayah-wilayah Islam itu dengan Pedang-pedang mereka yang zalim lagi berdarah.

Jadi, sudah terbuktilah bahawa unsur-unsur keganasan, kezaliman dan jihad yang tidak berhati perut itu sesungguhnya berakar-umbi dengan mendalamnya pada sejarah Islam dan pemimpin-pemimpinnya. Kita telah melihat kata-kata Muhammad pengasas agama Islam sendiri, dan juga Tuhannya Allah yang menganjurkan tindakan-tindakan Jihad yang ganas dan zalim itu.

Sekarang, marilah kita melihat bagaimana kezaliman, kedengkian balas-dendam dan pencerobohan hak asasi pula adalah sifat-sifat lazim nabi Muhammad itu; dengan memetik daripada sumber sah seperti Sirat Rasulullah oleh tokoh-tokoh Ibn Ishaq dan Ibn Hisham.

a) Pembunuhan Abu Afak

Abu Afak adalah seorang dari Bani Amir bin Auf dari Bani Ubayda. Dia kurang senang dengan pembunuhan al-harith bin Suwayd bin Samit oleh Rasul Islam itu. Dia telah gubah sepatah pantun untuk meluahkan perasaan beliau tentang pembunuhan sahabatnya itu :

'Seorang penunggang telah datangi (Bani ini) dan memecah-belahkannya kepada dua, Berkata:

'Dibenarkan, 'Ditegah!' Dan macam-macam lagi.

Jikalau semua orang meyakini kemuliaan atau kerajaan,

Mereka Semua akan mengikuti "Tubba" sahaja'

Setelah mendengar Syair ini, Rasul Allah telah bersungut, 'Siapakah akan MENGHAPUSKAN si Pengacau ini untuk saya ?' Maka Salim bin Umayr, saudara kepada Bani Amir bin Auf telah pergi dan MEMBUNUH orang tua itu! Dia telah bunuh orang tua, Abu Afak itu dalam tidurnya pada larut malam.

Sirat Rasullullah,995, oleh Ibn Ishaq, dengan Nota-nota oleh Ibn Hisham. 1987. Oxford Unversity Press, Karachi, Oxford, New York, Delhi

b) Pembunuhan Asmah Binti Marwan

Asmah Binti Marwan berasal dari bani Umaya B.Zayd. Apabila Abu Afak telah dibunuh, Asmah tidak senang hati dengan Islam serta pengikut-pengikutnya dan beliau telah menuduh mereka seperti berikut :

'Saya menghina Ibn Malik dan al-Nabit

Serta 'Auf dan Ibn al-Khazraj.

Engkau patuhi orang asing dan bukan dari antara kamu sendiri

Seorang yang bukan dari Murad atau pun Madhhij.

Apakah baiknya yang akibat dari pembunuhan ketua-ketuamu ?

Sama seperti orang yang lapar akan bubur masakanmu?

Tidakkah di antaramu penjaga-penjaga maruah

Yang boleh serang hendapnya,

Serta memadamkan harapan-harapan orang sepertinya ?'

Bila nabi Muhammad telah mendengar kata-kata Asmah itu, dia berkata : 'Siapakah yang akan HAPUSKAN Binti Marwan ini untuk saya ?' Oleh itu, Umayr bin Adiy al-Khatmi yang telah mendengari soalan itu, pada waktu malam yang sama, pergi ke rumah Asmah binti Marwan dan membunuhnya dengan kejam! Pada keesokannya, dia pergi ke Muhammad dan memberitahukannya tentang pembunuhan itu dan telah menerima galakan daripada Muhammad yang berkata :'Engkau telah menolong Allah dan rasul-Nya, ya Umayr!' Apabila Umayr bertanya jika dia akan terima apa-apa akibat padah daripada pembunuhan Asmah itu, Muhammad menjawab :'Kambing-kambing pun tidak akan menghiraukan tentangnya itu..'

Sirat Rasullullah,996, oleh Ibn Ishaq, dengan Nota-nota oleh Ibn Hisham. 1987. Oxford Unversity Press, Karachi, Oxford, New York, Delhi

Adakah tindakan-tindakan seperti di atas itu secocok dengan "Rahmatullah kepada Dunia"? Yang digelarkan kepada Muhammad itu ?? APAkah ancaman yang ditakuti Muhammad dari SEORANG TUA seperti Abu Afak atau pun Asmah binti Marwan?? Adakah mereka memegang pedang mengancam nabi Islam itu?? Mereka tidak mampu menggunakan SENJATA APA-APA Pun!! Hanya kata-kata mereka yang menolak kepimpinan Muhammad itu yang membuatnya begitu dengki sekali sehingga menginginkan balasan dendam dan penghapusan mereka! Ini jelaslah sifat-sifat seorang yang sudah sakit dengan mabuk kuasa, yang bertindak sedemikian rupa!

Muhammad jugalah terbukti sebagai seorang yang tidak berhati perut atau belas kasihan. Dalam kata-katanya diatas dia telah menyindir sehingga kambing-kambing pun tidak akan mengindahkan kematian Asmah b.Marwan. Apakah ITU merupakan 'contoh agung' yang harus diikuti dan diteladani semua orang !!! JAUH SEKALI !! Sebaliknya, ia adalah contoh yang amat BURUK Sekali !

Ini bukanlah satu usaha para orientalis dan sebagainya untuk memburukkan atau memperolok nama Muhammad itu. Ia bukan azam orang-orang yang membenci Islam untuk mengejikan nama agama tersebut, tetapi sebaliknya, ini merupakan pendedahan peribadi dan sifat-sifat nabi Muhammad yang sebenar seperti terkandung di dalam sumber-sumber SAH Islam sendiri. Pembaca boleh merujuk kepada sumber-sumber tersebut dan mengkajinya untuk diri sendiri!

Jadi, demikianlah akibatnya bila mana jihad diamalkan keatas mana-mana kumpulan manusia! Pengasasnya Muhammad telah giat mengamalkannya dengan ZALIMNYA dari permulaan sejarah Islam, keempat-empat Khalifah beliau juga tidak segan mengamalkannya dengan begitu ketara - terutamanya untuk perkembangkan sempadan wilayah-wilayah Islam di zaman mereka. Sejarah Islam berikutnya tidak kurang dengan contoh-contoh Jihad sebagai cara mengembangkan agama Islam, sehingga perkembangan mereka disekatkan oleh Raja Charles di Peperangan Tours, Eropah. Walau bagaimanapun, jelaslah sehingga hari INI jihad tidaklah ditinggalkan penganut-penganut Islam, oleh sebab mereka hanya meneladani contoh jelas pengasas agama mereka, Muhammad.


Indeks Utama
Answering Islam Main Site (English)